Friday, August 27, 2010

40 HARI SEBELUM HARI MATI

Tanda ini berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletak di Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan ambil daun tersebut dan mula mengikuti kita sepanjang masa. Malaikat maut ini wujudnya seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah sama dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Sama-samalah kita perbaiki segalanya sebelum ajal menjemput...

Wednesday, August 25, 2010

GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.


Berikan 5 cadangan anda ke arah pencapaian matlamat ini.