Gratisan Musik
zab
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 21, 2010
KERETA DARIPADA GEL LEMBUT


Kereta ini merupakan kereta rekaan HONDA dan diberi nama PUYO. Kenderaan ini direka dengan ciri lebih mesra alam dan berkonsepkan kenderaan masa depan. Badan kereta ini diperbuat daripada gel lembut yang akan membuatkan orang mahu menyentuhnya. bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkannya adalah Hidrogen. Hidrogen dijana bersama udara untuk menghasilkan tenaga elektrik. kenderaan ini juga mengeluarkan air pada ekzosnya.
CERMIN MATA MENTERJEMAH


Cermin mata tanpa kanta ini berfungsi menterjemah perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Cermin mata ini direka dengan dilengkapi komputer yang mampu menyediakan sarikata seperti drama televisyen atau filem semasa perbualan antara dua orang yang memakainya. Setiap perkataan pengguna akan dirakam oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata penggunanya. Pengguna dapat memastikan perbualan itu berjalan dengan lancar.
MESIN CUCI UNIK BERSOFA
Mesin ini bukan sahaja digunakan untuk mencuci dan mengeringkan pakaian, tetapi turut berfungsi sebagai sofa. Mesin ini tidak memerlukan serbuk pencuci dan air, sebaliknya membersihkan pakaian dengan menggunakan udara. Maka pakaian tidak perlu dikeringkan.
ROBOT MEMASAK

Robot ini direka khas untuk membantu tugas manusia. robot ini bernama Okonomiyaki. Robot ini boleh melakukan semua proses membuat roti, seperti mengadun,menuang ramuan ke loyang, membalik makanan dan menyajikan di atas piring.
http:matanews.com
KAPAL PERANG SILUMAN

Kapal ini tidak dapat dikesan oleh radar pihak musuh. Kapal ini bersifat senyap dan mampu tepat sasaran. senjata kapal ini disembunyikan di dalam tubuh kapal. Apabila terjadi pertempuran barulah senjata-senjata ini dikeluarkan.
Tuesday, October 19, 2010
KEGUNAAN BIOTEK DALAM PERTANIAN
1) Memperbaiki baja dan racun perosak yang berkesan
2) Antibiotik yang tidak digunakan dalam perawatan manusia boleh digunakan dalam makanan haiwan
3) Vaksin yang diperbaik boleh mengurangkan penyakit seperti kuku dan mulut
4) Penggunaan teknologi pengklonan untuk memperbaiki sistem resistan tumbuhan terhadap penyakit dan persekitaran
5) meningkatkan kadar pertumbuhan melalui penanaman semula tisu haiwan
6) penggunaan teknologi pengklonan untuk menghasilkan tumbuhan yang berkualiti tinggi
KEGUNAAN BIOTEK DALAM PERHUTANAN
1) Membantu industri pulpa dan kertas mengurangkan kos dari segi perawatan bahan buangan
2) Pengubahsuaian Lignoselulosa secara kimia untuk pemakanan haiwan
KEGUNAAN BIOTEK DAN PERSEKITARAN
1) Biotek digunakan dalam proses pengolahan dan kumbahan air dalam pengurangan penyakit berjangkit manusia dan haiwan
1) Memperbaiki baja dan racun perosak yang berkesan
2) Antibiotik yang tidak digunakan dalam perawatan manusia boleh digunakan dalam makanan haiwan
3) Vaksin yang diperbaik boleh mengurangkan penyakit seperti kuku dan mulut
4) Penggunaan teknologi pengklonan untuk memperbaiki sistem resistan tumbuhan terhadap penyakit dan persekitaran
5) meningkatkan kadar pertumbuhan melalui penanaman semula tisu haiwan
6) penggunaan teknologi pengklonan untuk menghasilkan tumbuhan yang berkualiti tinggi
KEGUNAAN BIOTEK DALAM PERHUTANAN
1) Membantu industri pulpa dan kertas mengurangkan kos dari segi perawatan bahan buangan
2) Pengubahsuaian Lignoselulosa secara kimia untuk pemakanan haiwan
KEGUNAAN BIOTEK DAN PERSEKITARAN
1) Biotek digunakan dalam proses pengolahan dan kumbahan air dalam pengurangan penyakit berjangkit manusia dan haiwan
Wednesday, October 13, 2010
Friday, October 1, 2010
Teknologi Internet dalam Pendidikan
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, menurut Heinich (1996) penggunaan komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran.
Menurutnya lagi, komputer mampu mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan menarik. Penggunaan komputer yang berhubung kait dengan teknologi maklumat dan komunikasi kini diaplikasi dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data yang dapat memberikan maklumat yang dicari dan diminta oleh orang ramai.Perlaksanaan Sekolah Bestari adalah salah satu usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Friday, August 27, 2010
40 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda ini berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletak di Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan ambil daun tersebut dan mula mengikuti kita sepanjang masa. Malaikat maut ini wujudnya seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah sama dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Sama-samalah kita perbaiki segalanya sebelum ajal menjemput...
Sama-samalah kita perbaiki segalanya sebelum ajal menjemput...
Subscribe to:
Posts (Atom)
