Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, menurut Heinich (1996) penggunaan komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran.
Menurutnya lagi, komputer mampu mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan menarik. Penggunaan komputer yang berhubung kait dengan teknologi maklumat dan komunikasi kini diaplikasi dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data yang dapat memberikan maklumat yang dicari dan diminta oleh orang ramai.Perlaksanaan Sekolah Bestari adalah salah satu usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment