Kereta ini merupakan kereta rekaan HONDA dan diberi nama PUYO. Kenderaan ini direka dengan ciri lebih mesra alam dan berkonsepkan kenderaan masa depan. Badan kereta ini diperbuat daripada gel lembut yang akan membuatkan orang mahu menyentuhnya. bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkannya adalah Hidrogen. Hidrogen dijana bersama udara untuk menghasilkan tenaga elektrik. kenderaan ini juga mengeluarkan air pada ekzosnya.
CERMIN MATA MENTERJEMAH


Cermin mata tanpa kanta ini berfungsi menterjemah perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun. Cermin mata ini direka dengan dilengkapi komputer yang mampu menyediakan sarikata seperti drama televisyen atau filem semasa perbualan antara dua orang yang memakainya. Setiap perkataan pengguna akan dirakam oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata penggunanya. Pengguna dapat memastikan perbualan itu berjalan dengan lancar.
MESIN CUCI UNIK BERSOFA
Mesin ini bukan sahaja digunakan untuk mencuci dan mengeringkan pakaian, tetapi turut berfungsi sebagai sofa. Mesin ini tidak memerlukan serbuk pencuci dan air, sebaliknya membersihkan pakaian dengan menggunakan udara. Maka pakaian tidak perlu dikeringkan.
ROBOT MEMASAK

Robot ini direka khas untuk membantu tugas manusia. robot ini bernama Okonomiyaki. Robot ini boleh melakukan semua proses membuat roti, seperti mengadun,menuang ramuan ke loyang, membalik makanan dan menyajikan di atas piring.
http:matanews.com
KAPAL PERANG SILUMAN

Kapal ini tidak dapat dikesan oleh radar pihak musuh. Kapal ini bersifat senyap dan mampu tepat sasaran. senjata kapal ini disembunyikan di dalam tubuh kapal. Apabila terjadi pertempuran barulah senjata-senjata ini dikeluarkan.

No comments:
Post a Comment